I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 4, 2011

Minggu ke-18

kalau ikut kiraan,semalam genap 18 minggu kandungan aku....fakta yang aku ambil dari SINI

Minggu
ke-17 :
rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap jarinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
- tadi checkup,panjang baby aku pd minggu ke 18 sudah 18.5cm...

Minggu ke-18:
Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.
------------------------------
pengalaman hari ni...baby sedikit nakal...masa nurse check degupan jantung baby,baby bergerak sedikit...nurse bergurau dengan aku,baby geli agaknyer....nurse pun ternampak pergerakan kat perut aku.....lepas checkup dengan nurse,beralih ke bilik doktor plak....aku berborak dengan doktor tadi,sejak 2 minggu lepas lagi (kandungan 16minggu),aku dah rasa kandungan aku bergerak...dan antara betul atau tidak,kadang-kadang aku boleh rasa dalam rahim macam berdegup kecil....ok ker tu?doktor senyum jer tengok aku....hehehehee...excited anak pertama yer..dia kata,baguslah baby bertindak & aktif macam tu...biar baby selalu bergerak dari baby diam tiada tindak balas.....doktor cerita la tadi,sebab baby dalam rahim kita memang semakin hari akan semakin rapat dengan ibu dia...dia kadang-kadang macam nak bermain atau bergurau dengan ibu.....menurut doktor juga,baby yang sihat akan beri tindak balas atas psikologi ibunya......aku tanya lagi,tak ker terlalu awal @ muda sangat kandungan ni sebab dah beri tindak balas macam tu??doktor cakap,tak semestinya,ada yang dapat rasa awal,ada ibu yang dapat rasa lewat......terpulang pada kesihatan & kebijaksanaan baby.....

semasa memandu nak balik ke pejabat tadi,aku bercakap-cakap dengan baby (perkara yang aku selalu buat sejak disahkan mengandung lagi,maybe teruja sebab anak pertama)....makin aku tepuk perlahan perut aku & berborak dengan baby,aku rasa baby makin tak duduk diam plak dia...sampai la ke pejabat....aku kasi dia makan roti salut telur yang dah aku bekalkan dari rumah tadi.....lepas tu,baru diam..dah tido agaknya..hahhahaaa.....kuat makan & nakal macam ayah dia.....

No comments:

Post a Comment