I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 19, 2009

Ditangisi atau Didoakan Pergi


hari ni aku nk paste kata2 yg aku smpan dlm gobok aku jer dlu eerkk...
bsok luse,baru aku mule mnulis blog..bukan mmpaste lg...hehehehehehe
iyerr.....aku phm...mmg boring skit nak bace ayat yg pjg2 lebor.....
tp dgn mmbace leh wat otak kite berpk....dan trus ber pk....siapa kite....

pesanan ni aku dpt dr mane,aku pun dh luper....


"Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisi kamu.."


Jika ada orang yang sedemikian itu, maka dia pastinya seorang yang sangat baik. Dia pastinya seorang yang sangat disenangi oleh semua orang. Sumbangannya tentu banyak dan dia pastinya berasa cukup dihargai.. Walau bagaimanapun, apabila manusia mula bergaul, dia sudah pasti tidak terlepas daripada memperoleh sesuatu yang buruk hasil daripada pergaulan itu. Dia mungkin dapat semua kebaikan tapi dia juga mungkin mendapat semua kaburukannya. Risiko yang berada dalam dunia pergaulan akan menjelma dalam 2 keadaan : baik atau buruk. Yang baik pun datangnya dari situ, yang buruk pun datangnya dari situ. Kadang-kadang pergaulan juga menyebabkan seseorang itu berada di tengah-tengah : baik tidak, jahat pun tidak. Kadang-kadang dilihat sangat baik, kadang-kadang dilihat amat jahat.


Dari mana datangnya keinginan mengumpat, memfitnah, mengadu domba, mencerca, dan menghina kalau tidak melalui pergaulan? Namun tidak dapat dinafikan juga dari mana datangnya perasaan-perasaan lunak, muhabbah, lemah lembut, saling memberi, bertolak ansur, dan sebagainya kalau tidak melalui pergaulan. Nyatalah pergaulan akan menyebabkan manusia kecundang tetapi pergaulan juga boleh menyebabkan manusia membina keuntungan..


Apa juga risikonya, manusia tidak dapat lari daripada tidak bergaul sesama sendiri. Tanpa pergaulan manusia akan mengalami tekanan mental, fizikal, kognitif, dan perasaan. Pergaulan akan menyebabkan perkara-perkara ini terlampias keluar. Mental menjadi lebih lega apabila dapat berkomunikasi, fizikal bertambah sihat apabila digunakan untuk bersahsia manakala kognitif dan perasaan juga akan terpantau dengan lebih baik.


Tetapi harus diingat, pergaulan boleh menyebabkan tekanan mental semakin dirasai, fizikal terdera, kognitif terbelah dan perasaan tak keruan, Pergaulan juga boleh menyebabkan kedua-dua kumpulan perasaan ini saling bersimpang siur : sekejap berasa hebat sekejap berasa bosan, sekejap berasa ceria sekejap berasa seperti tidak diperdulikan, dan begitulah seterusnya..

Kadang-kadang tatkala terasa tertekan, seseorang akan berkata kepada dirinya'kalaulah aku tidak berkawan dengan dia, tentu hidup aku lebih tenteram. Sekarang tengok, betapa dahsyatnya dia telah memperlakukan aku"


Di sini kita perlu meletakkan satu garis panduan pergaulan yang sebenar. Dengan itu dapatlah kita segala kebaikan yang berkesudahan dengan keredhaan Tuhan dan dalam masa yang sama akan mendapat semua keperluan kehidupan untuk slaing berinteraksi dan berkomunikasi demi saling mengenali. Kita memang memerlukan peraturan agama dalam pergaulan. Berbaloi sungguh hidup ini apabila sentiasa dirindui oleh orang dengan kerinduan yang jujur. Apabila tiada, sering disebut-sebut kebaikannya, sering diharap-harap kedatangannya malah sering didoakan kebahagiaannya, berbanding denagn adanya menggugat ketenteraman orang, menyusahkan dan merugikan orang. Malang sungguh kalau kitalah orang yang dimaksudkan itu. Adanya kita tidak diharap, tiadalah kita menimbulkan sorak.


Sesungguhnya, tiadalah ertinya hidup kalau pergaulan tidak membuahkan rindu di hati manusia...

No comments:

Post a Comment