I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, April 16, 2010

jgn bhenti melangkah

Kita mesti percaya pada ketentuan. Tetapi tidak semestinya apa yang kita mahukan, kita boleh dapat. Walaupun niat kita ikhlas. Walaupun kita berusaha sedaya upaya mencapai apa yang kita inginkan. Walau seribu doa kita dipanjatkan ke hadrat ILAHI.

Kenapa?

Kerana mungkin apa yang kita inginkan itu sememangnya telah ditentukan tidak mungkin menjadi hak kita. Mungkin jika kita memilikinya, akan lebih mendatangkan keburukkan dari kebaikkan.

Kita mesti yakin, apa juga yang didatangkan oleh ALLAH, pasti ada hikmahnya. Kita selalu berkeluh kesah dengan dugaan yang dihadapi tanpa menyedari, segala dugaan itu diberikan untuk menjadikan manusia lebig berguna.

Harus diingat, ALLAH tidak menguji makhluk-NYA dengan ujian ujian melainkan ujian yang bersesuaian dengan kekuatan diri makhluk yang ingin diuji.

Thursday, November 19, 2009

Rahsia Cinta

Pasangan Yang Cemerlang – Semua orang yang berpasangan ingin mempunyai sebuah perhubungan yang sentiasa ceria, kukuh, mantap, penuh dengan cinta dan romantik, dan juga kalau boleh tidak berlaku konflik di dalamnya. Namun “tradisi” dalam perhubungan itu sendiri tidak memungkinkan ia bebas dari berlakunya perselisihan faham, “bermasam-muka”, terasa hati dan “perkara-perkara yang sewaktu dengannya.”

Pasangan yang cemerlang bertengkar dengan bersebab. Mereka tidak bergaduh besar dan tidak terlalu mengikut emosi bila keadaan menjadi tegang. Pasangan yang tidak berfungsi dengan sempurna juga bertengkar atau mungkin tidak, tetapi apa yang pasti ada pada pasangan seperti ini ialah mereka menyimpan perasaan tidak puas hati dan selalunya membenarkan perasaan ini bertambah dalam diri.

Masalah utama kepada setiap pasangan ialah perasaan tidak puas hati dan geram. Ia umpama barah yang merebak tanpa disedari dan mempengaruhi dalam tindakan dan perkara yang lain. Bila perasaan ini semakin terbina dalam diri, bertambah dan berkembang, ia mula memberi kesan ke atas persepsi kita terhadap pasangan. Trauma semasa kanak-kanak atau perhubungan yang lepas selalu juga menghasilkan perasaan geram/tidak puas hati yang ditujukan dalam sesuatu perhubungan yang baru.

Macamana seseorang boleh jadi seperti ini? Perasaan tidak puas hati adalah perasaan marah atau geram yang terkumpul atau bertambah secara perlahan-lahan dalam diri seseorang akibat daripada melakukan atau memberi sesuatu dengan berlebihan berbanding dari apa yang diperolehi. Memberi dengan berlebihan dari apa yang anda dapat semula adalah baik sekiranya ia berpada-pada. Namun, tiba pada satu masa ini akan membuatkan seseorang itu rasa ditipu atau dipermainkan.

Ramai wanita percaya bila seorang lelaki hadir dalam hidupnya, inilah masa untuk dia menerima. Dalam hati dia berkata, “Akhirnya, aku dah ada seseorang untuk menjaga, mengambil berat kepada aku seperti aku mengambil berat terhadap orang lain.” Hakikatnya lelaki itu tidak tahu pun bahawa dia sepatutnya mengisi segala kekosongan yang wanita itu ada dan fikirkan.

Anda perlu ingat perkara ini. Lelaki bukanlah satu kejadian yang dapat memahami diri anda dengan mudah. Sekiranya anda tidak memberitahu dan tunjukkan kepadanya bila dia melakukan sesuatu yang melukakan hati anda, kebarangkalian dia terus melakukan perkara yang sama itu tinggi kerana dia tidak tahu, tidak sedar yang dia telah melukakan anda. Ini pasti akan menambahkan lagi luka di hati anda kerana kelihatannya dia hanya “buat bodoh” seolah-olah tidak ada apa pun yang berlaku

Sebagai orang yang matang dan dewasa, konflik sentiasa dihadapi dalam sesuatu perhubungan intim dan istimewa. Kalau anda ingin berada dalam sesuatu perhubungan dan dalam masa yang sama anda tidak mahu mengambil risiko, anda perlu lupakan sahaja idea atau impian untuk berpasangan apatah lagi berkahwin. Terlibat dalam sebuah perhubungan sebagai seorang yang matang dan dewasa bermakna anda perlu dan mesti berhadapan serta mengambil risiko.
Ada masanya anda perlu berkata sesuatu, menunjukkan, dan menegaskan sesuatu perkara dan bertanya sesuatu soalan yang kelihatan seolah-olah memalukan atau melukakan pasangan anda. Sekiranya anda tidak mampu atau tidak boleh mengambil risiko dalam perhubungan bersama pasangan anda, sesuatu yang pasti, anda tidak mungkin jadi semakin intim dengannya. Tentang isu tertentu yang anda rasa pasti anda tidak perlu timbulkan, maka janganlah langsung anda timbulkan perkara tersebut.

Menekan/memendam perasaan marah memberi kesan ke atas bahagian yang paling penting dalam diri setiap wanita, HATInya. Ini adalah bahagian yang kita semua miliki dalam diri kita. Ia adalah separuh daripada psikologi kita yang dipanggil bahagian yang mempunyai tindakan luar sedar dan tugas utamanya adalah untuk melindungi dan membolehkan kita terus hidup.

Sewaktu kita kecil, bahagian ini bertanggungjawab dalam membantu untuk kita terus hidup dan mendapat kekuatan. Bila kita rasa terancam, bahagian luar sedar ini mula bertindak sebagai pertahanan untuk keselamatan diri apatah lagi bila ibu bapa atau penjaga kita tidak melakukan sesuatu, HATI kita akan mula bertindak dalam mod untuk menyelamatkan kita.

Dalam usaha untuk membuatkan anda rasa tenang, hati anda berkata, “Anda tak perlu rasa disayangi. Percayalah, anda akan ok tanpanya”. Hati anda perlu “menipu” anda dan meyakinkan anda bahawa apa juga kehilangan yang anda rasakan adalah tidak penting dan anda tidak perlu rasa kecewa. Ini membolehkan anda membesar dan dalam masa yang sama anda tidak sedar betapa sebenarnya anda sangat memerlukan kasih sayang dan belaian.

Kemudian, hanya untuk memberi peringatan kepada anda ya, keadaan ini akan meletakkan seolah-olah satu pagar kawat yang berduri di sekeliling hati anda supaya bila ada sahaja harapan yang anda rasa atau letakkan ke atas sesuatu atau seseorang, hati anda yang dipagari itu akan mengingatkan anda bahawa menaruh harapan hanya akan melukakan anda dan membuat anda kecewa. Bila saya katakan pagar kawat yang berduri, saya merujuk kepada perasaan yang kuat seperti ketakutan, keraguan, kekecewaan atau kelukaan.

Perkara seperti ini mungkin berjaya dilakukan dengan baik ketika zaman kanak-kanak dan kemudian anda pun dewasa. Semakin anda meningkat dewasa, sesuatu dalam diri anda mula berkata, “Tidak, sebenarnya aku inginkan satu perhubungan di mana aku disayangi, dibelai dan dimanja”. Jadi anda mula membenarkan orang lain mendekati anda dan sebagaimana dalam “dating”, perkenalan, percintaan, berpasangan, atau pun perkahwinan, pada peringkat awal hampir segalanya amatlah indah.

Namun demikian, perasaan yang indah ini mula membawa kembali kenangan dilukai dan kekecewaan yang telah anda lalui, iaitu kenangan semasa kecil dahulu bila anda mula menaruh harapan hanya untuk dilukai kemudiannya. Jadi pagar kawat yang berduri ini mula menjelma dan menaikkan dirinya di sekeliling hati anda dan tanpa sebab-sebab yang jelas, anda mula mensabotaj perhubungan anda sendiri. Dalam masa yang sama, pasangan anda terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apa salahnya dia?

Baiklah, dari perspektif hati anda, anda sedang dilindungi. Hati anda merasakan yang anda berkemungkinan akan dilukai sekali lagi. Walaupun anda bukan lagi kanak-kanak pada masa ini, perhubungan membuatkan anda “terdedah” seperti mana kita semua masih di zaman kanak-kanak. Sebab itu, bila kita terluka atau terasa hati, kita selalu bertindak primitif dan segalanya dirasakan bersifat peribadi. Ini sebabnya kebanyakan lelaki dilihat sukar untuk memberi komitmen dan kebanyakan wanita sukar untuk membenarkan seseorang mendekatinya atau mempunyai sebuah perhubungan yang berkekalan. Hati mereka percaya mereka masih lagi memerlukan perlindungan walaupun ini akan menjauhkan mereka daripada sebuah perhubungan yang mereka sangat inginkan.

Sekarang, macamana anda ingin mengetahui bagaimana sekiranya perkara seperti ini sedang berlaku dalam hidup anda?

Macamana keadaannya bila seseorang itu ada “pagar kawat yang berduri” seperti ini di sekeliling hatinya?

Macamana pula nak buat untuk “turunkan pagar kawat yang berduri” ini sekiranya wujud pada diri, pada hati anda supaya lebih mudah untuk anda mendapatkan sebuah perhubungan yang cemerlang?

kredit to :http://www.resepicinta.blogspot.com/

semoga kwn2 aku dluar sane tabah bsama psngan msing2 samada yg baru mengenali,yg baru mlangkah ke alam pkahwinan,atau pun yg sudah mmpunyai keluarga.....pd yg masih blum menemui cinta,jgn putus asa....kdg2 kite perlu mlihat diri kita sndri,mengapa aku masih x bjaya mndapat cinta....sukar kite mndapatkn psngan yg terlalu sempurna dimata kita...kite yg perlu kaji & lihat pd diri sndri dahulu sblum mngharap dr org lain...

Tuesday, November 17, 2009

pencinta yg terbaik

aku intai facebook....tbe2 ternmpak kata2 ini pd status mmber lame aku...maybe dia ade ssuatu yg nak dluahkan,mungkin dia ade perasaan yg tidak puas ati ketika ini....tp,kata2nyer mmbuat aku ttarik....dia x tau wujudnyer blog ni,dan aku x rase yg katenyer ini bkaitan pun ngn aku.....x ramai yg tau siape siahpenyek....kata2 dia yg ingin aku kongsikan bsama disini

"Kini Ku Mengerti Istilah Sebenar Di Dalam Bercinta Tiada Kepastian,Tiada Penentuan Akan Kebahagiaan.Semua Pencinta Haruslah Bekorban Tiada Batasan"


didlm bcinta tiada kpastian & tiada pnentuan kbhgiaan
-yup.....hal ini aku akui pabile aku dh mlaluinyer....smoga aku & tunangku dpt bsabar pabile ade antra kami bdua bdepan ngn mslah,dlm tempoh ini.....aku takut sgt2...aku takut kbhgiaan tu bukan milik kite....InsyaAllah,dgn doa & usaha kite...kite bdua msti dpt gak ape yg kite impikan......yg penting hati & diri kite bdua tetap teguh....

smua pncinta haruslah bkorban tnpa batasan
-kata2 ini aku akui utk hbgn yg sudah bgelar suami istri,ibu & anak,adik bradik....pndpat aku,x semua hbgn sbgai pncinta kite perlu bkorban tnpa batasan tu....utk hbgn yg mmpunyai darah daging ataupun hbgn yg lebih afdal,maka kata2 ini perlu dipraktikkn dlm amalan idup seharian.....bg yg baru bcinta,baru nak mengenal ape itu cinta hawa & adam,yg masih tiada ikatan yg sah,maka perlulah mnggunakan akal yg waras dlm mmpraktikkn istilah pengorbanan ini.... sbgai insan yg pnah mnjadi pncinta,kdg2 ape bile blakunye kegagalan...maka kegagalan dlm hbgn itu anggaplah ianya mrupakan pngorbanan untuk idup kite yg lebih bahagia

Wednesday, June 24, 2009

soalnya H.A.T.I

Nah,ambilla benda nih ..
Apa nih??
Ini adalah HATI.. HATI aku..
HATI kau??? Hmm,kenapa kau sudi kasi kat aku??
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku!!
Terima Kasih.. ianya bererti..Aku terlalu menghargainya..
Oeee.. ye ke??
Tapi maaf..Untuk apa??
Sebab hati tuh,aku x beri sepenuhnya .. Cuma sebahagian je..

U means??
Aku pernah beri hati aku kat org lain jugak.. Dan aku x pernah beri kesemuanya.. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.. Mungkin aku TAKUT.. TAKUT HATI tu tidak akan dijaga dgn sebaik2nya.. Ianya bkn seperti brngan lain spt duit, permata & sbgainya.. HATI ini penuh MISTIK.. ada keajaiban yg tersendiri..

MISTIK?? Klakar bunyinya ..
Mybe its funny.. but dats a reality.. Ia brubah mengikut rentak hidup engkau ..Rentak prasaan ORG YG AKU BERi.. Jika dia btul2 IKHLAS.. HATI INI AKAN INDAH & BERSINAR.. Tapi,jika dia MEMPERSIA2KANNYA.. HATI ini akan MALAP.. Mungkin akan trus MATI utknya.. Ianya bkn 1 benda yg prcuma.. HATI ini dberi hnya kpd insan yg trpilih sahaja.. Insan yg ISTIMEWA.. dan Kau adalh slh seorang drpd mreka.. krna naluri aku terlalu prcayakan kau..

Aku insan Terpilih??
Ya,kau yg terpilih.. Hati ini sering brtukar2 mengikut prasaan org yg dberikan.. Ianya terlalu SENSITIF.. Tapi ianya cukup KEBAL & KENTAL pd MUSUH aku.. MUSUH??? Mungkin trlalu kejam utk aku mperkatakan prihal mreka ini..ianya tak brubah2.. spt yg trjadi jika hati ini dberi pd org yg istimewa..HATI aku cuma tinggal SEBAHAGIAN saja..Ada Org yg Tdk PERNAH MEMULANGKANNYA.. WALAUPUN aku cuma PINJAMKAN SKJAP SAJA.. ADA yg pulangkan dgn penuh KELUKAAN.. ADA yg sudi brikan sbhagian HATINYA pula sbg GANTI.. dan jika kau nk tahu .. stiap hati manusia ada nilai yg trsendiri.. Stiapnya .. terlalu MISTIK ..
cuma 1 saja yg kau x mengerti .. Skali hati itu TERLUKA.. kdgkala SUKAR nk MENGUBATINYA.. Adakalanya,mengambil masa yg lama utk itu.. & bila tiba ssuatu yg x d ingini .. Mungkin PEMILIK hati akan MENYENDIRI buat sketika..
Sehingga hatinya pulih sprti sediakala.. HATI YG DBERI INI BKN UTK SUKA2!! Ianya lahir ats 1 kepercayaan .. Dari situ, wujud lah kasih sayang .. Jika hilang rasa percaya itu..maka sukarlah untuk hati itu kmbali indah ..

*HATI ini x pandai menipu apalagi berlakon d pentas yg nyata.. pasti apa saja yg x dapat di capai masa kini psti suatu hari nanti akan mnjadi milik ini jua.. cuma tanamkan sbutir benih Kepercayaan bg ia bercambah smula x kira masa menghukum keadaan..
yg psti janji dari HATI yg ikhlas tanpa ada niat yg hitam ..


Friday, June 19, 2009

Ditangisi atau Didoakan Pergi


hari ni aku nk paste kata2 yg aku smpan dlm gobok aku jer dlu eerkk...
bsok luse,baru aku mule mnulis blog..bukan mmpaste lg...hehehehehehe
iyerr.....aku phm...mmg boring skit nak bace ayat yg pjg2 lebor.....
tp dgn mmbace leh wat otak kite berpk....dan trus ber pk....siapa kite....

pesanan ni aku dpt dr mane,aku pun dh luper....


"Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisi kamu.."


Jika ada orang yang sedemikian itu, maka dia pastinya seorang yang sangat baik. Dia pastinya seorang yang sangat disenangi oleh semua orang. Sumbangannya tentu banyak dan dia pastinya berasa cukup dihargai.. Walau bagaimanapun, apabila manusia mula bergaul, dia sudah pasti tidak terlepas daripada memperoleh sesuatu yang buruk hasil daripada pergaulan itu. Dia mungkin dapat semua kebaikan tapi dia juga mungkin mendapat semua kaburukannya. Risiko yang berada dalam dunia pergaulan akan menjelma dalam 2 keadaan : baik atau buruk. Yang baik pun datangnya dari situ, yang buruk pun datangnya dari situ. Kadang-kadang pergaulan juga menyebabkan seseorang itu berada di tengah-tengah : baik tidak, jahat pun tidak. Kadang-kadang dilihat sangat baik, kadang-kadang dilihat amat jahat.


Dari mana datangnya keinginan mengumpat, memfitnah, mengadu domba, mencerca, dan menghina kalau tidak melalui pergaulan? Namun tidak dapat dinafikan juga dari mana datangnya perasaan-perasaan lunak, muhabbah, lemah lembut, saling memberi, bertolak ansur, dan sebagainya kalau tidak melalui pergaulan. Nyatalah pergaulan akan menyebabkan manusia kecundang tetapi pergaulan juga boleh menyebabkan manusia membina keuntungan..


Apa juga risikonya, manusia tidak dapat lari daripada tidak bergaul sesama sendiri. Tanpa pergaulan manusia akan mengalami tekanan mental, fizikal, kognitif, dan perasaan. Pergaulan akan menyebabkan perkara-perkara ini terlampias keluar. Mental menjadi lebih lega apabila dapat berkomunikasi, fizikal bertambah sihat apabila digunakan untuk bersahsia manakala kognitif dan perasaan juga akan terpantau dengan lebih baik.


Tetapi harus diingat, pergaulan boleh menyebabkan tekanan mental semakin dirasai, fizikal terdera, kognitif terbelah dan perasaan tak keruan, Pergaulan juga boleh menyebabkan kedua-dua kumpulan perasaan ini saling bersimpang siur : sekejap berasa hebat sekejap berasa bosan, sekejap berasa ceria sekejap berasa seperti tidak diperdulikan, dan begitulah seterusnya..

Kadang-kadang tatkala terasa tertekan, seseorang akan berkata kepada dirinya'kalaulah aku tidak berkawan dengan dia, tentu hidup aku lebih tenteram. Sekarang tengok, betapa dahsyatnya dia telah memperlakukan aku"


Di sini kita perlu meletakkan satu garis panduan pergaulan yang sebenar. Dengan itu dapatlah kita segala kebaikan yang berkesudahan dengan keredhaan Tuhan dan dalam masa yang sama akan mendapat semua keperluan kehidupan untuk slaing berinteraksi dan berkomunikasi demi saling mengenali. Kita memang memerlukan peraturan agama dalam pergaulan. Berbaloi sungguh hidup ini apabila sentiasa dirindui oleh orang dengan kerinduan yang jujur. Apabila tiada, sering disebut-sebut kebaikannya, sering diharap-harap kedatangannya malah sering didoakan kebahagiaannya, berbanding denagn adanya menggugat ketenteraman orang, menyusahkan dan merugikan orang. Malang sungguh kalau kitalah orang yang dimaksudkan itu. Adanya kita tidak diharap, tiadalah kita menimbulkan sorak.


Sesungguhnya, tiadalah ertinya hidup kalau pergaulan tidak membuahkan rindu di hati manusia...

Memahami Sifat Lelaki

1.Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.


2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.


3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.


4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.


5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.


6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.


7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.


8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.


9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".


10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.


11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.


12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting s ebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.


13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang vmemulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.