I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 6, 2010

nasihat yang boleh dikongsi

pertama kali rasanya hari minggu lepas aku tidak pulang ke kampung....iyer ker???entahla...aku belek-belek kalendar,macam tiap minggu jer aku balik.....dah lama plak rasanya tak rase suasana bujang macam semalam...hahahahhahaa!!!lepas subuh bangun lambat....lepas tu tengok tv dari pagi sampai ke petang.....kalau mata mengantuk,tertido lagi.....peerrgghh!!!lagi-lagi bulan puasa,nak keluar malas sebab sorang-sorang.....memang hari yang cukup menenangkan.....rehat yang cukup untuk badan aku......

time lepak seorang diri kat rumah tu,aku sempatla membelek majalah yang dibeli tapi tak sempat nak mengkhatamnya....ade satu korum dari perunding psikologi ni yang aku nak kongsikan di sini.....kalau tak silap,dr.suzana ghazali namanya......

dia menulis.....ceria atau bahagia....
kita sendiri yang tentukan....lebih kurang gitula bunyinya....aku bersetuju dengan katanya...dia bersyukur kepada Allah,sebab ujian yang dilalui berikan dia rahsia dan hikmah yang dapat dia nikmati segera....betul....aku setuju sangat-sangat......ujian yang Allah berikan pada aku dulu telah memberi 1001 hikmah dan nikmat yang aku nikmati sekarang....telah membuka macam-macam rahsia disebaliknya......

katanya lagi,biar orang lain menjadi penyebab kepada kedukaan kita, derita kita,kekecewaan kita, suka dan gembira kita...tapi jika diri kita sendiri tak benarkan emosi tersebut menguasai diri tak mungkin kita kan kecewa,tak mungkin kita kan ceria......sekali lagi aku bersetuju dengannya.....tak perlulah sampai kita menukar watak dan penampilan diri untuk menunjukkan pada orang lain yang kita kecewa,yang kita gembira....jadilah diri kita sendiri seadanya....jangan biarkan emosi menguasai diri kita sepenuhnya.....

aku terus sambung membaca korum penulisannya.....yang aku ingat katanya lagi,bila kita diuji,kita disuruh redha....mampu bukan bererti menyerah bulat-bulat..redha bukan bermaksud terima tanpa ikhtiar atau tak ada usaha nak tangani ujian tersebut....kalau kita dah tau,dengan meneruskan nya akan membuat kan kita terus dihimpit dengan kesedihan,maka kita berikhtiar untuk keluar dari situ....bukan melarikan diri,tapi berusaha mencari keceriaan untuk diri kita sendiri.......sebab...semuanya ditentukan oleh diri kita sendiri...bukan nya orang lain yang mengawal kegembiraan dan kedukaan kita......

aku belek lagi majalah tu....terus membaca kalau-kalau ada topik yang menarik.....aku terhenti di ruangan korum Dr.tuah pulak.....perunding motivasi yang agak terkenal.....topik dia 'pengkhianat dan dikhianati'........

"dia terlalu dekat dengan anda...sesungguhnya anda sangat percayakannya tetapi sebenarnya dialah yang telah menyusun strategi untuk menjatuhkan diri anda....ini memang sakit,sebab itu orang dikhianati boleh merajuk panjang"

duummmnnn......uiksh...terkena lagi kat diri aku......teringat aku kat akak dan adik lelaki aku....a'aah la....pengkhianat tu memang amat rapat dengan kita.....di dalam filem,pengkhianat akan mati ditangan orang yang dikhianati...tapi,ni realiti...mana ada macam tu.....tak kan la aku nak bunuh akak aku sendiri walaupun dia buat macam-macam....heheheheee.......aperaaaa...!!!

dr tuah nasihat pada orang dikhianati......dia kata,tertawalah oleh apa yang orang lakukan terhadap diri anda...jika orang itu tahu anda tertawa,dia akan semakin sakit jiwa,silap-silap gila......dr.tuah cakap macam tu,ayat tu bukan keluar dari minda aku......aku ketawa lepas baca huraian dia......hahahahhaha!!!betul gak....dan itulah yang aku buat selama ni......kalau la dia nampak aku sekarang,aku nak tepuk tangan pada dia......bagus......bagus kerana menjadi pengkhianat dan mempercayai pengkhianat lain....yang sakit siapa sekarang???kamu orang gak.....orang dapat balik beraya di kampung,kamu orang bawa diri dr keluarga....orang lain dapat makan sedap-sedap time raya,kamu orang kene menumpang kasih pada keluarga mentua....itu pada akak yang ada mentua,pada adik yang tiada keluarga lain.......pada siapalah dia nak menumpang kasih dihari raya ni.....aku kesian pada korang,tapi aku tak reti nak rendahkan ego korang......korang tak nak mengaku bersalah....aku pun tak merayu kat korang suruh minta maaf dengan aku,cukupla buang ego dan rasa diri yang sentiasa benar itu.......

pikir-pikirla....dan selamat beramal.....hehehehehe

No comments:

Post a Comment