I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 17, 2009

Bunga Dip

aku dpt info ni dr artikel berita harian...bedah,ari tu janji nak wat bg dip kan lps raye ni....kite wat eerkk....mampu ker aku wat.....bajet nak 100kuntum......kite wat ler sbaik mngkin kiter eerkk bedah....

Dawai (size 24 untuk kuntum bunga yang besar dan 18 untuk size yang kecik)
Qdip

Thinner untuk Qdip (guna untuk cairkan qdip bila dia dah terlalu pekat)
Pemotong dawai
Player
Sand dust
Rainbow dust


Cara:
Bentukkan dawai ikut bunga yang kita nak buat
Celupkan rangka dawai tadi dalam Qdip
Tabur la sand or rainbow dust tu
Keringkan (cacakkan atas span atau polisterin)
Cantumkan






artikel ni plak aku dpt dr http://bungatelor.blogspot.com/ mmg bgus info dr sini.....kredit pd tuan empunya blog...

  1. Langkah pertama,bentukkan dawai emas menjadi kelopak bunga.

  2. Bengkokkan dawai untuk memperoleh bentuk kelopak yang diingini.Bentuk kelopak boleh divariasikan mengikut kemahuan dan kecekapan anda.

  3. Bentukkan dawai mengikut jumlah yang dimahukan untuk menghasilkan sekuntum bunga.

  4. Contohnya,saya menggunakan 12 kelopak untuk sekuntum bunga.

  5. Celupkan kelopak bunga ke dalam larutan dip kristal.Anda akan mendapati 1 lapisan nipis dip kristal terbentuk mengikut bentuk dawai.

  6. Keluarkan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati kerana lapisan itu mudak pecah/koyak. Gunakan Thinner untuk melarutkan dip kristal yang memejal disebabkan terdedah kepada udara terlalu lama.

  7. Seterusnya,biarkan kelopak-kelopak itu kering dengan menjemurkannya di atas polistrin.Anda juga boleh meletakkan perada ke atas kelopak semasa ia masih basah untuk kemasan lebih glamor.

  8. Selepas itu,ambil kelopak-kelopak tadi dan cantumkannya untuk menjadi bunga.Pastikan kelopak bunga itu kering sepenuhnya.Di sini,saya menggunakan 3 kelopak untuk bahagian tengah bunga.Dan untuk bahagian tengah,saya menggunakan 4 kelopak.

  9. Teruskan mencantumkan kelopak-kelopak itu sehingga anda mendapat hasil

  10. Kemaskan tangkai bunga dengan pita pelilit.

  11. Kemudian,ambil batang buluh dan cantumkan kepada bunga menggunakan pita pelilit.Jangan lupa untuk meletakkan daun semasa melilit batang buluh tersebut.
    Teruskan melilit sehingga hujung batang buluh.

    Bunga yang sudah siap adalah seperti gambar di bawah.Ini adalah contoh yang rigkas dan mudah sahaja.Anda boleh meletakkan pelbagai hiasan pada bunga (riben,manik dan lain-lain) jika ingin menhasilkan bunga telor/bunga pahar dip.

2 comments:

  1. siah.... confirm ni... bile kite nk mulakn projek?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete