I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 2, 2010

kisahnye....

perlu ker aku ceritakan drama pd hari psandingan ku....drama yg aku jadi watak utama,dan diarah oleh darah daging aku sendiri...:sigh...dahla,aku perlu tutup kisah tu.....tak baik bercerita kisah yg dh berlaku,sebab 'drama' yang tercipta sepanjang hari tu sedih sangat2...aku terus berlaku seperti biasa dihadapan kawan-kawanku dan tetamu yg datang,seolah-olah tiada apa yg berlaku dibelakang & dihadapan aku....

alhamdulillah dan aku berterima kasih pd kakak-kakak ku sekalian,sbb pulang juga pada hari itu.....aku paham dan aku sedar,seperti yang pernah kamu katakan,kamu pulang bukan sebab aku,tapi sebab maruah mak dan abah serta keluarga kamu.....terima kasih sekali lagi,walaupun kamu turut menjadi pelakon dan memainkan watak masing-masing pd hari persandingan itu....terima kasih....aku suka ape yg kamu lakonkan...

aku sangat2 tak sangka kamu akan pulang.....kepulangan kamu bersama ribut kuat di pagi hari.....pelik,tapi itulah kuasa Allah.....ribut yang datang secara tiba-tiba ketika matahari tak menampakkan hari akan hujan.......selepas ribut & angin kuat,hujan panas turun....dan ketika itulah riuh rendah suara makcik-makcik diluar dan ramai mata tertumpu pada kamu dan anak-anak......kamu pulang dengan hanya berpakaian t-shirt biasa dan terus menuju ke dapur......sebab aku hanya sangka kamu tidak akan pulang sebab majlis aku... ketika mak andam menghias wajahku,air mata aku sekali lagi mengalir.....ntah,aku tak pasti aku menangis sebab gembira atau sedih......dalam kepala aku ketika itu,terima kasih sbb mak & abah tak perlu nak menjawab persoalan yang begitu susah jawapannya....aku kuatkan kesabaran aku,mak andam dan sound aku sebab air mata aku mengalir...

alhamdulillah.....mengertilah kamu,aku takkan sesekali membalas apa yang kamu dah buat...kamu punye perangai...aku tak kisah pun...

memang kelakar drama yang kamu ciptakan selama ni...kelakar sebab aku dah jadi watak jahat dalam drama kamu tanpa aku sedari... sabar jer laaa....

kat mana nanti babak aku kene tampar?? kat mana pulak babak aku kene belasah ramai2?? kat mana pulak babak aku menangis teresak2 dan berlutut meminta maaf dengan kalian?kat mana pulak babak kamu dipujuk mak abah dan adik beradik kamu?? kat mana babak kamu akan menang??kat mana babak kamu terseksa dengan perbuatan aku??

aku masih menunggu babak seterusnya...kebenaran tu ada...tetap ada...sebab Allah sentiasa bersama kita...tapi didalam drama yang kamu cipta ni,kebenaranya macam sukar dicari....dah kena putar belit sebab pengarahnya KAMU....

mula2 aku jadi watak baik...lepas tu watak aku berubah...aku jahat...aku la pemusnah kebahagiaan keluarga kita dan tukang membuat cerita mengenai kisah hidup kamu...aku terima sahaja watak yang kamu ciptakan untuk aku...aku memang tak kisah,sebab aku tak paham apa yang kamu mahu sebenarnya...aku sendiri pun tak tau bila masa aku akan buat silap, bila masa aku buat betul...

dan untuk sekarang ini, aku akan cuba sedaya upaya untuk menyalahkan diri aku supaya kamu akan sentiasa berada di tempat yang betul...kerana aku nak kamu hentikan sengketa yang aku tak tau sejak bila tiba2 aku jadi musuh kamu...sengal betul la perangai kamu nih...huuhh!!!dimana akal dan perasaan kamu....?

dan kalau kamu masih anggap aku ni jahat, aku pun tak kisah...aku redha dan terima...biar saja Allah tentukan mana yang baik, mana yang buruk....

dan aku sekarang hanya membiarkan perkara itu berlalu...apa saje halangan atau dugaan yang mendatang,aku hadapi sajer...aku tak kisah lagi...sekalipun nyawa aku akan melayang, aku biarkan sajer...aku tak harap apa2 lagi...yang penting mak,abah dan orang yang aku sayang ade disamping aku....

dan sekali lagi aku ingatkan kamu....jika kamu mahu apa yang aku miliki tu,kononnya aku ni anak kesayangan mak dan abah,maka berusaha la menjadi yang terbaik...bukan yang terburuk...mungkin bagi kamu, kamu dah lakukan yang terbaik...tapi pernah tak kamu fikir apa perasaan kamu, jika orang perlakukan kamu macam ni...?? bila kamu pikirkan perasaan orang lain,baru kamu paham apa yang kamu buat ni baik atau sebaliknya...

kita sama2 perempuan...dah sepatutnya kita dah boleh berpikir dengan waras...bukan berfikiran psiko...sape la dlm dunia ni yg suke nak masuk dalam masalah orang lain...tapi selagi bernafas dan selagi masih waras, aku mesti cube selesaikan sebaik mungkin... ermmm tak layak aku nak kata kamu jahat...sebab aku bukan penentu baik buruk seseorang...tapi tolongla jangan sakitkan hati aku...jangan la halang pendirian orang lain...setiap manusia ada hak...tapi walau mcm mana pun, tak semua itu adalah hak kita...

aku takkan label kamu kakak yang kurang ajar...takkan pernah sekali pun...kamu tetap baik di mata aku...kamu tetap cantik di mata aku...kamu mesti boleh jadi lebih hebat daripada aku...

No comments:

Post a Comment