kelmarin kalau tak silap,budak kecil mengimamkan jemaah ade masuk berita tv3...then,semenjak tu tersebar video kanak-kanak kecil mengimamkan jemaah solat tarawikh....so,ramai la orang-orang yang 'berlagak' nak tunjuk dirinya 'bagus' memberi komen yang kadang-kadang wat aku penat dan sedih........addoooiiii...apasal la diorang ni.....tidak lah orang yang memberi komen melulu tu tak membaca dahulu komen-komen terdahulu......
orang kata,orang melayu ni penuh dengan adap......tapi....aku rasa benda tu dah tak der dah......memalukan.....aku umpamakan kisah pemberi komen sebegini seperti masuk rumah orang lain,tanpa memberi salam dan melihat siapa yang menyambut salam dan terus nak mencari salah tuan rumah...kenapa kerusi letak kat situ....kenapa langsir warna tu....kenapa perabot tu yang dibeli.....malu tak???siapa kamu nak mencari kesalahan orang lain tanpa melihat diri sendiri......
di bawah ni aku copy & paste antra komen yang aku maksudkan.......semuanya melayu dan beragama islam dan sebenarnya banyak lagi kita semua perlu belajar mendalami ilmu agama.......
sah ker solat tue bdk xbaligh lg jd imam??
kok betol?? betol 2 firdaus..da baligh ker budak ni...???...hai mcm2 hal la skang ni..
sah ka solat yg di imamkan bdk yg belom baligh??
kalu nk iktkan hukum solat jemaah..imam mestilah seorg yg dh baligh..berakal...
niat x boleh menghalalkan cara @ member teguran secara berhemah kononnyer,tp dlm nada yg sama dia sndri tidak memahami apa itu islam...
bdk ni dh cukup umur ke? da baligh ke belom? kalo semua syarat2 nk jd imam xditepati, maka semua jemaah ni xsah solat diorg. baik check balik. xsemestinya pandai baca quran, tau rukun2 solat, da bleh jd imam. syarat2 imam juga kena ambil kira. @ hehehehee....nak jer aku tanya pd dia smula...baik dia check balik sblum dia bkata-kata......lg bnyk kita bcakap,lg nmpak yg kita ni cetek ilmu....
seribu pertanyaan..seribu persoalan....adakah ini hanya untuk rakaman semata2...banyak ADAB SOLAT tidak di jaga di dalam video ini..adakah benar-benar mereka mendirikan solat???.... @ hahahaha....yg ni plak,aku ade seribu permintaan....antaranya kalau aku leh,aku nak jer campak dia duk kat Negara arab untuk seketika....kasi dia memahami dan belajar cara orang arab...kalau dia menunaikan solat dalam kelompok org arab,dia mesti jatuh pengsan..hehehehe....yg ni tgk ok lagi,kalau nak tahu ada yang leh goyang sane,goyang sini,ade yang sempat lipat lengan baju pun ade......tak percaya,tengoklah solat tarawikh yg disiarkan dr mekah...korng akan mengerti...
Dunia akhir zaman..mcm2 leh terjd... @huuuuu.....tiada kaitan dgn akhir zaman atau tidak....org mcm ni,ape yg leh kita buat ialah suruh dia selak sejarah..
ape hukumnye bdk kecek yg blm lg akil baligh jd imam??sah tau tdk sah solat yg d lakukan?adakah anda terpikir???? @ yang ni rajin member komen...ni baru komen yg pertama dia kasi,nnti kat bawah-bawah ade lg komen dr dia...pernahkah anda terfikirr????nak jer aku tanye balik,pernah ker dia terfikir yang dunia islam ni luas....dan setiap Negara mengamalkan mahzab yang berbeza walaupun mereka masih beragama islam.......
Ini namanya dunia nak kiamat bila anak kecil yg belum baligh dan belum berakal penuh jd imam pada org dewasa yg boleh berfikir matang dan boleh menjadi pemimpin. Apa nak jd dgn dunia skang ni.. @ waaaaaa...nak nangis...ape nak jd dgn dunia sekarang...ape nak jd dgn org islam sekarang...aku pun rase malu tgk vc ni....aku malu sbb aku dah tua,tapi surah dlm muqaddam pun aku tak semua hafaz......tiada kaitan insan tu ank kecil atau tidak......tapi kite tgk semula pd diri kita......sudahkah kita mendalami al-quran???huuuuuu ::nangis
walaupun aku ne seorang rokes, sampai aku xmempercayai semua ne, itu lah kuasa tuhan teramat besar @ yyaarrgghh!!!pabile mat rock mmberi komen....nmpak ade perasaan insaf kat situ, tp mengertilah wahai mat rock....anak-anak org arab mmg dah dididik dr kecil bcakap arab,dan bahasa al-quran adalah sama dgn percakapan seharian mereka.....mereka menganggap ayat al-quran sebagai puisi,pantun dan syair yg sgt cantik untuk dihafaz......andaikata,al-quran tu diturunkan dalam bahasa melayu,kamu jua pasti akan menghafaz atau mengingati nya sebagaimana kamu membaca pantun...mengertilah wahai mat rock.....kekuasaan Allah ialah memberi kita dpt lihat kelebihan kanak-kanak ni supaya kita rase malu dgn diri kita sendiri....kekuasaan Allah pd bdk ni memberi keterangan hati yg sgt baik pd kanak-kanak ni supaya mudah dia mhafaz...
Mmg syarat imam dari seorg yg baligh. Itu yg musykil. Takkan dah takde yg makmum belakang tua2 tu blh jd imam.?? dah akhir zaman? Mmg dah akhir zaman pun skrg... subhanallah.... @ alhamdulillah,sbb kamu masih mampu bzikir...belajar la....jom kita sama-sama belajar sejarah dan belajar ape yg pernah terjadi bdasarkan pd hadis dan sunnah....
Lebih afdal if yg telah baligh dibelakang tu jd imam. zaman nabi dulu masih lg jahiliah (xramai yg blh membacai Al-Quran). takkan skrg dah kembali ke zaman jahiliah...mari kita fikirkan... @ hahahhaa...ni la pemberi komen yg aku ckp td....ni komen dia yg ke-2.....
ape yang aku dpt jumpa..sahkah kanak-kanak menjadi imam kepada yng lebih dewasa
ini jawapannya....mungkin akan dpt memberi penerangan yg jelas sikit pd kita yang kadang-kadang keliru psl isu ni..
Menurut Abdul Rahman Al-Jaziry, syarat sah Imam ialah baligh, maka tidak sah kanak-kanak (sibyan - ) mumaiz yang belum baligh [menjadi Imam] didalam solar Fardu, dan ini dipersetujui oleh ketiga-tiga Imam, tetapi khilaf (berselisih) Syafie. Antara catitan yang diberikan oleh Sheikh Abdul Rahman ialah :
1. Mazhab Syafie - boleh Imam yang belum baligh dikalangan kanak-kanak didalam solat fardu melainkan Jumaat, tetapi jika terdapat Imam yang biasa maka tidaklah sah melainkan dengan Imam tersebut.
2. Mazhab Hanafi - Tidak sah kanak-kanak yang belum baligh secara mutlak, Tidak didalam solat fardu dan juga solat sunat.
3. Mazhab Maliki - Tidak sah menjadikan wanita [sebagai Imam], Tidak khunza - masalah nak mengetahui ia lelaki atau wanita, tidak didalam fardu, tidak didalam solat sunat. Lelaki (bukan sibyan) adalah syarat Imam Mutlak dan kedua-dua (wanita dan khunza) menjadi ma'mumnya.
Ulama bersependapat bahawa sah ma'mum kanak-kanak mengikut Imam kanak-kanak. (Fiqh 4 mazhab, 1/330-331)[1]
Pandangan ini perjelaskan oleh Dar Al-Ifta' bi Al-Azhar atau Rumah Fatwa Al-Azhar dengan kenyataannya yang berbunyi:
"Mazhab Hanafi secara khusus menyatakan secara tepat bahawa umur BALIGH merupakan syarat sah Imam didalam solat fardu dan solat sunat kepada ma'mum yang baligh sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas : "Tidak menjadi Imam sehingga mencapai kedewasaan", dan ini diikuti oleh Mazhab Maliki yang mengatakah baligh merupakan syarat sah solat fardu dan sunat. Bagi Imam Syafie pula mengatakan bukan dari syarat Baligh merupakan syarat sah Imam solat fardu dan solat yang lain berdasarkan sebuah hadith dimana: "Sesungguhnya Amr ibn Salamah telah menjadi Imam kepada kaumnya didalam solat semasa hayat Nabi saw semasa beliau berumur ENAM atau TUJUH tahun" melainkan Imam Baligh menjadi keutamaan."
Tambah kenyataan tersebut lagi :
"Bagi mengajar dan sebagai pelajaran anak-anak kamu [persediaan menjadi Imam] , mereka digalakkan menjadi Imam didalam solat-solat sunat."[2]
Ulama-ulama salaf lebih cenderung kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu sahnya kanak-kanak menjadi Imam dengan meletakkan syarat:
1. Ada ilmu pengetahuan mengenai solat.
2. Baik didalam bacaan Al-Qurannya.
Pandangan ini disokong oleh bekas Mufti Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz didalam Kitab Majmu' fatawa beliau dengan berkata :
Sah kanak menjadi Imam jika baik solatnya sebagaimana yang di riwayatkan oleh Al-
Bukhari didalam Hadith Sahih mengenai Amr ibn Salamah Al-Jarami berkata :
"bapaku datang dari Nabi saw dan berkata bahawa beliau mendengar Nabi saw bersabda,"Bila tiba waktu untuk bersolat, jadikan dikalangan kamu yang paling pandai Al-Quran menjadi Imam solat". Mereka meninjau dan tidak mendapati sesiapa yang mengetahui banyak mengenai Al-Quran melainkan aku, maka mereka menjadikan aku Imam didalam solat, dan aku adalah anak berumur 6 atau 7 tahun".
didalam riwayat Muslim dan Sahihnya pula:
"Menjadi Imam kepada kaumnya mereka yang baik bacaan Al-Qurannya}""[3]
Sheikh Sayyid Saabiq, seorang ulama Al-Azhar, didalam buku Fiqh Al-Sunnah (1/257), mengatakan bahawa sah imam kalangan kanak-kanak(sibyan) yang mumaiz
Menurut Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid, didalam Ahkaam al-Imaamah wa’l-I’timaam fi’l-Salaah oleh ‘Abd al-Muhsin al-Muneef, dalil dari hadith pertanyaan 'Amr ibn Salamah [seperti yang dinyatakan oleh Bin Baaz] menunjukkan kanak-kanak boleh menjadi Imam solat. Jika ianya tidak dibenarkan, pasti ada kenyatan yang mengatakan kanak-kanak tidak dibenarkan menjadi Imam. Kenyataan-kenyataan ini disokong oleh Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 7/389-390 dan al-Maghaazi, 3963.[5]
Kesimpulannya, terdapat khilaf didalam permasalahan ini dimana 3 Imam mazhab tidak membenarkan Imam dikalangan kanak-kanak. Tetapi ulama dikalangan Syafie dan salaf membenarkan Imam dikalangan kanak-kanak, dengan syarat mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang baik mengenai solat dan baik bacaan solatnya. Pandangan ini disokong Lembaga Fatwa Arab Saudi. Mazhab Syafie memberi keutamaan kepada Imam yang baligh untuk menjadi Imam. Jika berlaku keadaan tidak berjumpa Imam, maka hadith 'Amr ibn Salamah boleh digunakan.((Sumber :http://al-ahkam.net/))
Yang tak pasti hukumnya,baik la kite bertanya pd yang lebih arif...bukan meluahkan kata mengikut akal logik dan pengetahuan yg kita ada....sama-sama kita belajar.....